Apa itu SLE ?
Zaman moden pelbagai penyakit timbul kan antaranya Kanser, Jantung, Diabetes, Darah tinggi dan paling digeruni ialah SLE.. Nak tahu apa itu SLE jom sama2 baca..
Apakah SLE?
Systemic Lupus Erythematosus (SLE), atau lupus, adalah penyakit kronik “autoimmune” di mana antibodi seseorang bertindakbalas dengan tisu badan seseorang pesakit itu sendiri. Ini menjejaskan beberapa bahagian sistem tubuh seperti kulit, sendi, buah pinggang, paru-paru, sistem saraf, atau organ-organ lain di dalam badan. “Lupus” berasal dari perkataan Latin bererti “serigala”. (Ini adalah kerana seorang doktor Perancis yang mula-mula merawat pesakit lupus mengibaratkan tompok-tompok kemerahan di muka pesakit sebagai gigitan serigala.)
Jenis-jenis SLE
1. Systemic Lupus Erythematosus (SLE) ialah yang biasanya dimaksudkan apabila kita sebutkan “lupus”. Gejalanya mungkin sederhana atau serius. SLE biasanya menyerang mereka yang berumur di antara 15 dan 45 tahun. Walaubagaimanapun, sebilangan kecil pengidap SLE adalah kanak-kanak dan mereka yang berusia lebih 45 tahun.
2. Discoid Lupus Erythematous (DLE) merupakan penyakit kulit yang kronik di mana terdapat tompok-tompok merah (malar rash) di muka, kulit kepala, bahagian badan, kaki dan tangan. Kulit yang terlibat akan menjadi tebal dan bersisik serta mungkin meninggalkan parut. Ruam berkenaan boleh berlarutan hingga beberapa hari atau tahun dan kemungkinan akan berulang setelah sembuh. Sebilangan kecil mereka yang mengidap DLE boleh mendapat SLE di kemudian ha
Statistik
Lebih kurang 90% pengidap SLE adalah wanita sementara 10% adalah lelaki dan kanak-kanak.
Lebih kurang 90% wanita yang mengidap SLE berada di dalam lingkungan umur boleh hamil iaitu di antara 15 hingga 50 tahun.

Ratio pengidap SLE:
Di Barat, di kalangan Afro-Caribbeans – 1 dalam 250 –500 orang
Di Amerika Syarikat – 1 dalam 2,000 orang
Di negara China – 1 dalam 1,000 orang
Di Malaysia dianggarkan lebih daripada 10,000 orang telah disahkan mengidap SLE dalam jangka masa 30 tahun kebelakangan ini.
Antara gejala-gejala yang dikaitkan dengan SLE ialah
1. Ruam-ruam pada kulit muka dan badan
2. Kulit yang sensitif kepada cahaya matahari
3. Ulser pada Mulut
4. Keguguran rambut
5. Sakit dan radang pada sendi
6. Demam yang berlarutan
Nak tahu lebih lanjut penyakit SLE boleh Hubungi saya.. Next entry saya akan cerita punca2nya
PENGEDAR SHAKLEE KLUANG FIDA
FB : rafidah razak
Blog : fidarazak.blogspot.com

Comments
Post a Comment